Dunia hiburan sering kali dikatakan sebagai ‘ladang’ ataupun lubuk untuk membuat dosa kerana segelintir daripada mereka yang terlibat dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi kemasyhuran dan wang ringgit.
Sungguhpun begitu, pandangan negatif terhadap dunia hiburan itu ternyata tidak dipersetujui penyanyi dan penyampai radio, Mawi yang begitu kecewa dengan tanggapan tersebut. Menerusi satu hantaran dimuat naik Mawi di Instagramnya, bekas juara Akademi Fantasia Musim Ke-3 itu mendedahkan bahawa dunia hiburan bukanlah tempat mahupun ladang untuk membuat dosa.
Tambah Mawi lagi, sikap yang ada dalam diri segelintir netizen yang bersikap tidak fikir panjang menjadi punca mengapa industri hiburan menerima tanggapan sebegitu rupa.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Mawi bersetuju dengan pandangannya itu.
Betul juga apa yang Mawi katakan tu. Yang tentukan samada sesuatu perkara tu baik atau buruk hanyalah diri kita sendiri. Kita yang perlu tentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Tak gitu?