KOTA TINGGI ( JOHOR) – Apabila tiba hujung tahu rakyat malaysia pasti akan gusar dan ditakuti hujan yang mangakibatkan banjir besar. Kawasan yang berisikor tinggi untuk menerima banjir, bimbang mengenangkan kemungkinan bencana itu akan berlaku.

Sebelum ini pun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini.

Berdasarkan data Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 2,269 orang setakat jam 8 pagi Ahad melibatkan negeri seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Johor dan Kelantan.

Ini berikutan Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu menyebabkan risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar

Beberapa hari lepas, beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam turut dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, ada antara penduduk sudah bersiap sedia sebarang kemungkinan seperti meletakkan barang-barang penting di tempat tinggi.

Ia bukan saja boleh merosakan harta benda dan boleh memgancam nyawa jika terperangkap atau meredah banjir untuk melakukan aktiviti.

Kos sara hidup akan meningkat apabila barang banyak rosak ketika banjir berlaku, kebanyakan barang yang rosakĀ  masih lagi dalamĀ  bayaran asuran apabila rosak kerana air tidak ada lagi waranti boleh diguna atau di ganti dan terpaksa beli baru, sambungan bayar masih kena diteruskan. yang terbeban dalam ini banyak gelongan B40.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM6.1 bilion iaitu bersamaan 0.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar nominal.

Berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2021 yang dikeluarkan itu, aset awam dan infrastruktur mengalami kerugian tertinggi iaitu sebanyak RM2 bilion, diikuti tempat kediaman (RM1.6 bilion) dan kenderaan (RM1.0 bilion).

Bagi tahun ini, kerajaan memperuntukkan lebih RM16.4 juta bantuan bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 sebagai persediaan menghadapi banjir seluruh negara.

Peruntukan itu sudah tentu meningkatkan persediaan banjir kali ini dengan menambah baik logistik dan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan pengurusan banjir dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekaramg ini terpaksa hadapi hujan lebat dan banjir dengan menghadapi Pilihanraya Umum 15 (PRU15). Ada setenggah kawasan sudah menaiki air sehingga paras lutut dan ada juga di kawasan sekolah yang akan digunakan untuk membuang undi nanti dan bagai mana SPR tangani setuasi ini. masih belum ada penjelasan dari SPR tentang setuasi ini yang lebih jelas dan selamat untuk rakyat pergi mengundi pada hari tersebut.

Kita masih berbaki 6 hari sahaja lagi untuk menghadapi pilihanraya umum. Kempen sudah dijalankan, diteruskan walaupun hujan ribut petir mengakibatkan poster, bendera dan lain-lain untuk kempen dipasang di luar jalan tombang, patah dan rosak.

Pemimpin akan datang bukan sahaja harus di cari yang boleh bantu ekonomi negara akan tetapi boleh atasi setuasi genting bencana alam yang bakal di hadapi masa mendatang.

 

Leave a Reply