Apple hari ini telah secara rasminya memperkenalkan sokongan pembayaran nirtunai Apple Pay di Malaysia. Dengan langkah ini, pengguna boleh pautkan kad kredit atau debit terpilih ke akaun Apple, dan seterusnya menggunakan peranti seperti iPhone atau Apple Watch dalam melakukan pembayaran pada terminal.

Dengan langkah ini, ia membawa gaya hidup tanpa dompet setapak ke hadapan lagi, dan pengguna hanya perlu membawa peranti Apple ke mana-mana, termasuk untuk membayar. Apple Pay boleh digunakan pada sebarang terminal pembayaran yang menyokong pembayaran secara wave.

Dari segi sokongan kad pada Apple Pay, ia kini menyokong kad kredit dan debit keluaran Maybankkad kredit Ambank, dan juga kad kredit Standard Chartered. Pengguna masih kekal dapat menikmati pelbagai ganjaran yang dinikmati melalui setiap kad berkenaan.

Selain pembayaran di kedai-kedai secara fizikal, pengguna turut boleh melakukan pembayaran melalui Apple Pay pada kedai atas-talian terpilih. Salah satu platform yang menyokongnya adalah Shopee, dan pengguna Mac serta iPad boleh melakukan pembayaran menggunakan Apple Pay padanya melalui pelayar web Safari.

Untuk mula menggunakannya, pengguna peranti Apple hanya perlu menambah kad terpilih berkenaan pada Apple Wallet, dan seterusnya menggunakannya dalam pembayaran di kedai atau secara atas-talian.

(Sumber : Amanz)

One Response

Leave a Reply